Skip to product information
1 of 6

QurbanNOW SG

Wakaf Pembangunan Masjid di Uganda

Wakaf Pembangunan Masjid di Uganda

Regular price $100.00 SGD
Regular price Sale price $100.00 SGD
Sale Sold out

Qurban Name(s)

Wakaf Pembangunan Masjid Al Amanah, Uganda

Berpeluanglah menjadi sebahagian daripada pembinaan Masjid Al Amanah di Uganda, sebuah usaha wakaf jariah untuk menyediakan rumah Allah bagi komuniti Muslim yang memerlukan.

Sumbangan anda akan membantu membangunkan ruang ibadah, pusat ilmu, dan tempat penyatuan ummah bagi penduduk setempat, termasuk golongan asnaf dan anak anak yang dahagakan pendidikan Islam.

Setiap batu bata, setiap ruang solat, dan setiap doa yang lahir dari masjid ini insyaAllah menjadi saham pahala berpanjangan buat anda dan keluarga.

Kenapa Wakaf Ini Bermakna:

• Membantu membina rumah Allah di kawasan yang memerlukan
• Menyediakan ruang solat, pengajian, dan aktiviti komuniti
• Menjadi amal jariah berterusan selagi masjid dimanfaatkan
• Membawa manfaat kepada generasi hari ini dan akan datang

“Siapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan bina baginya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Ayuh bersama kami merealisasikan Masjid Al Amanah, Uganda.
Bukan sekadar membina bangunan, tetapi membina harapan, iman, dan masa depan ummah.

Wakaf Anda, Amanah Bersama.

View full details